yansyuesyie

yansyuesyie

Sunday, August 15, 2010

MODEL PENGAJARAN SOSIAL DAN PERSONAL

MODEL SOSIAL

SIMULASI DAN PERANAN

Main peranan membantu murid- murid memahami tingkahlaku social ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara- cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu- satu kemahiran melalui demonstrasi,prakti s dan latihan khusus.

IMPLIKASI MODEL PENGAJARAN SOIAL DALAM P&p

PEMBELAJARAN KOPERATIF

Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara ahli
kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.

SIMULASI DAN PERANAN

Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.

MODEL PERSONAL

Model pembelajaran ini berpunca dari pandangan dalam teori pembelajaran Humanistik. Model ini berorientasi pada individu dan pengem¬bangan diri (self). Fokusnya adalah kepada pembentukan peribadi individu. Perhatian utama ter¬tumpu kepada emosi seseorang, yang diharapkan mem¬bantu individu untuk mengembangkan hubungan yang produktif dan menjadikannya sebagai peribadi yang mampu membentuk hubungan dengan peribadi lain dalam konteks yang lebih luas serta mampu memproses maklumat secara efektif. Sasaran utama model pembelajaran ini adalah pengembangan peribadi atau kemampuan pribadi.

Model pembelajaran personal terdiri dan 4 jenis strategi pem¬belajaran, ialah:
1). Pengajaran tanpa arahan; Bertujuan untuk membentuk kemampuan dan perkembangan peribadi iaitu kesedaran diri (self awareness), pemahaman (understanding), autonomi, dan konsep kendiri (self con¬cept).

2) Latihan kesedaran; Bertujuan untuk meningkatkan kemampuan ‘self exploration’ and ‘self awareness’.

3) Sinektik; Bertujuan untuk mengembangkan kreativiti peribadi dan ,menyelesaikan masalah secara kreatif.

4) Sistem konseptual; Bertujuan untuk meningkatkan dasar peribadi yang baik.

Saturday, August 14, 2010

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISM

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISM

Antara tokoh pelopor teori ini adalah:
i. John Broadus Watson (1878-1958)
ii. Ivan Petrorich Pavlov (1849-1936)
iii. Burrhus frederic Skinner (1904-1990)
iv. Edward Lee Torndike (1874-1949)

KONSEP TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISM

•Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk frekuensi bentuk atau tingkah laku.
•Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran.
•Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli ) ransangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan.

IVAN PETRORICH PAVLOV (1849-1936)

PRINSIP PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman yang dikemukan oleh Pavlov. Konsep tersebut adalah:
1. Diskriminasi
2. Penghapusan
3. Generalisasi
4. Pembelajaran semula

GENERALISASI

•Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindakan yang sama.
•Contohnya : Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
•Jadi, kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (biologi).

DISKRIMINASI

•Berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu ransangan yang tertentu sahaja dan tidak ada pada rangsangan yang lain.
•Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.
•Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains.

PENGHAPUSAN

•Berlaku apabila ransangan terlazim yang tidak disertai dengan ransangan tidak terlazim.
•Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng yang tidak disertai ransangan tak terlazim (daging).
•Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

EDWARD LEE THORNDIKE (1874-1949)

•Manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat.
•Ganjaran dan denda faktor penting membantu pembelajaran manusia.
•Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara ransangan dan gerak balas.
•Motivasi, ganjaran dan denda amat penting dalam proses pembelajaran.
•Beliau mengemukakan teori perikatan dikenali sebagai Teori R-G ( Ransangan dan Gerak balas)

Teori R-G menjadi asas tiga hukum Thorndike iaitu :
1) Hukum Kesediaan (HK)
Kesediaan dari segi psikomotor, efektif, kognitif sebelum boleh belajar.

2) Hukum Latihan dan (HL)
Latihan yang diulang-ulang untuk tingkatkan kemahiran.
3) Hukum Kesan (HK)
Kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.

JOHN BROADUS WATSON (1878-1958)

•Ahli psikologi pertama menggunakan perkataan “behaviorisme”.
•Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik Pavlov.
•Perbezaan antara manusia ialah pengalaman.
•Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk.
•Rangsangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid.

Watson ‘Little Albert Experiment’

•Menggambarkan kuasa pelaziman (conditioning).
•Albert - 11 bulan – tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada seekor tikus putih. Semasa pelaziman Albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul diketuk pada besi.
•Kesannya Albert terkejut dan terjatuh.keadaan itu diulang berkali-kali. (tikus putih dan berbunyi pemukul).
•Akhirnya eksperimen menunjukkan Albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut pada tikus, anjing, arnab. Selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana.
•Kesimpulannya.
Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.

BURRHUS FREDERIC SKINNER (1904-1990)

•Menurut Skinner (1953) kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma bertindakbalas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran
•Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas.
•Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.

Saturday, July 24, 2010

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

PERINGKAT_PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF.

Terdapat 4 peringkat dalam perkembangan kognitif:
i) Peringkat Sensorimotor (0-2 tahun )
ii) Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun )
iii) Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun )
iv) Peringkat Operasi Formal ( 11 tahun ke atas )


i) Peringkat Sensorimotor ( 0-2 tahun )

Pada peringkat ini, bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang apa yang ada di sekitarnya.
Contohnya: Bayi menggunakan mulut untuk merasa sesuatu objek.
Mengkoordinasikan mata dan tangan untuk mencapai objek.

Peringkat ini juga merupakan peringkat di mana bayi mengkoordinasikan maklumat deria yang diperoleh dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang membolehkan mereka meneroka apa yang terdapat di persekitarannya.

Selain itu,mereka merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap objek yang ada di sekitarnya. Kepuasan ini terhasil apabila mereka berupaya mengenakan sesuatu tindakan ke atas sesuatu objek dan mereka akan melakukan perbuatan tersebut secara berulang-ulang.

Mereka juga berupaya menunjukkan permulaan pemikiran logik. Aktiviti fizikal mereka mula mempunyai matlamat-matlamay yang mudah.

Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat.
Contohnya : Meniru melambaikan tangan.
Menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Mereka juga akan mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori. Kanak-kanak tidak akan mempunyai memori terhadap objek yang tiada di penglihatan mereka.


ii) Peringakat Pra-Operasi ( 2-7 tahun )

Mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skema baru. Mereka dapat merancang pergerakan atau aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema.

Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu,bahasa,isyarat,gambar dan sebagainya. Simbol ini digunakan untuk menyatakan objek,orang atau peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak.

Mereka juga mampu menceritakan pengalaman mereka dengan menggunakan ayat-ayat medah dan mereka juga mampu mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan dapat membuat perbandingan dengan dua peristiwa yang berlaku.

Apa yang dapat dilihat pada peringkat ini adalah, mereka berkebolehan dalam permainan membayangkan ( pretend play ).
Contohnya : Mengambil watak kartun atau ibu atau ayah.

Pemahaman kanak-kanak pada peringkat ini bergantung kepada ciri-ciri jelas dan nyata. Mereka belum mampu untuk berfikir secara logik dan rasional. Oleh yang demikian, kanak-kanak pada peringkat ini tidak dapat menguasai proses menaakul,keterbalikan dan transformasi.


iii) Peringkat Operasi Konkrit (7 - 11 tahun )

Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.

Perkembangan semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

iv) Tahap Operasi Formal (11 tahun ke atas )

Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea2 dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta. Pemikiran mereka belum lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit. Mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti.

Kanak-kanak di dalam peringkat ini boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut. Kebolehan mereka memikirkan penyelesaian yang mungkin secara induktif atau deduktif memungkinkan mereka membuat kajian dan menggunakan pemikirahn saintifik. Selain itu, ciri2 egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini. Ianya berlainan dengan egosentrik di peringkat pra operasi. Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah utk menerima pandangan dan pendapat orang lain. Mereka juga mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling.












Sunday, July 18, 2010

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog saya..Blog ini dibina bagi subjek EDU3103 iaitu Murid dan Alam Belajar. Diharap blog ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar menyelesaikan tugasan bagi subjek EDU3103.