yansyuesyie

yansyuesyie

Saturday, July 24, 2010

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

PERINGKAT_PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF.

Terdapat 4 peringkat dalam perkembangan kognitif:
i) Peringkat Sensorimotor (0-2 tahun )
ii) Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun )
iii) Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun )
iv) Peringkat Operasi Formal ( 11 tahun ke atas )


i) Peringkat Sensorimotor ( 0-2 tahun )

Pada peringkat ini, bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang apa yang ada di sekitarnya.
Contohnya: Bayi menggunakan mulut untuk merasa sesuatu objek.
Mengkoordinasikan mata dan tangan untuk mencapai objek.

Peringkat ini juga merupakan peringkat di mana bayi mengkoordinasikan maklumat deria yang diperoleh dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang membolehkan mereka meneroka apa yang terdapat di persekitarannya.

Selain itu,mereka merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap objek yang ada di sekitarnya. Kepuasan ini terhasil apabila mereka berupaya mengenakan sesuatu tindakan ke atas sesuatu objek dan mereka akan melakukan perbuatan tersebut secara berulang-ulang.

Mereka juga berupaya menunjukkan permulaan pemikiran logik. Aktiviti fizikal mereka mula mempunyai matlamat-matlamay yang mudah.

Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat.
Contohnya : Meniru melambaikan tangan.
Menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Mereka juga akan mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori. Kanak-kanak tidak akan mempunyai memori terhadap objek yang tiada di penglihatan mereka.


ii) Peringakat Pra-Operasi ( 2-7 tahun )

Mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skema baru. Mereka dapat merancang pergerakan atau aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema.

Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu,bahasa,isyarat,gambar dan sebagainya. Simbol ini digunakan untuk menyatakan objek,orang atau peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak.

Mereka juga mampu menceritakan pengalaman mereka dengan menggunakan ayat-ayat medah dan mereka juga mampu mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan dapat membuat perbandingan dengan dua peristiwa yang berlaku.

Apa yang dapat dilihat pada peringkat ini adalah, mereka berkebolehan dalam permainan membayangkan ( pretend play ).
Contohnya : Mengambil watak kartun atau ibu atau ayah.

Pemahaman kanak-kanak pada peringkat ini bergantung kepada ciri-ciri jelas dan nyata. Mereka belum mampu untuk berfikir secara logik dan rasional. Oleh yang demikian, kanak-kanak pada peringkat ini tidak dapat menguasai proses menaakul,keterbalikan dan transformasi.


iii) Peringkat Operasi Konkrit (7 - 11 tahun )

Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.

Perkembangan semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

iv) Tahap Operasi Formal (11 tahun ke atas )

Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea2 dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta. Pemikiran mereka belum lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit. Mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti.

Kanak-kanak di dalam peringkat ini boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut. Kebolehan mereka memikirkan penyelesaian yang mungkin secara induktif atau deduktif memungkinkan mereka membuat kajian dan menggunakan pemikirahn saintifik. Selain itu, ciri2 egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini. Ianya berlainan dengan egosentrik di peringkat pra operasi. Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah utk menerima pandangan dan pendapat orang lain. Mereka juga mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling.












Sunday, July 18, 2010

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog saya..Blog ini dibina bagi subjek EDU3103 iaitu Murid dan Alam Belajar. Diharap blog ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar menyelesaikan tugasan bagi subjek EDU3103.